Followers

Thursday, June 21, 2012

38 weeks And 3 days..Nasi Goreng Thai & Apple kasturi

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Menu seperti tajuk diatas permintaan aku sebelum besalin..Sudah dapat makan. Makan malam tadi di Secret Recipe Bandar Puteri Puchong..Sedap & layan..Pedas sedap..Tapi aku malas nak amik gambar..Kalau siapa-siapa nak makan sila la ke mana-mana secret recipe berdekatan anda..Terima Kasih kepada En Asben Tercinta kerana melayan permintaan aku..Sebenarnya nak makan dari sabtu malam..Tapi gi IOI Mall, SR dia dah nak tutup.Menu goreng-gorengan semua dah tak de..Malam tadi tercapai gak hajat..

Aku dah tak de pedih hulu hati dah nak besalin ni..seronok makan malam-malam tak pedih hulu hati..hihihihi

Tapi yang lagi best En Asben tanya, lagi nak makan apa..Aku cakap la Nasi goreng thai, air apple kasturi, kek la..sekali dia tny lagi sekali..apa lagi nak makan sebelum besalin nie...hahahaha..Aku jawap, nak makan rojak mamak tepi longkang kat Subang tu...waduh-waduh..rojak nie pun En Asben yang memperkenalkan kat aku..Klu makan rojak nie, memang makan tepi longkang kat batu-batu jalan tu je..xde pun dia sediakan meja dengan kerusi..Tragis wei kedai nie...Tapi orang beratur, punya la panjang ko...

Semalam juga aku gi cek up baby..sorang-sorang je taw..bertapa berdikarinya aku nie..hahahah perasan..Aku lagi aman jalan sorang-sorang kot..tak serabut kepala nak fikir itu nie..semua aku yang tentukan masa tu jugak..hahahah..Zahra macam biasa aku hantar gi Taska kat opis, Minum dulu kat Kafe opis, baru gerak gi Hospital Columbia Puchong..Berpusing-pusing la aku..tapi tak pe pengorbanan tu namanya..hahaha..janji aku tak payah layan ragam zahra yang semakin menjadi-jadi nak dapat adik ni..

PAstu doktor bagi MC aku lepak berehat kat umah..Petang aku tak lata amik dia..En Asben amik kol 4.30ptg dah sampai umah kedua-dua beranak tu..hahaha

Perkembangan baby Doktor kata : Aku amik Dr Raja Juhaidah..Peramah doktor nie..
Sekarang baby dah 3 kg..
baby semua ok.
Doktor kata InsyaAllah 100% boleh besalin normal, no epidural no induces semua..

hahahaha aku takut sakit..Masa zahra dulu aku sakit 16 jam..harap-harap yang kali nie aku sakit kejap je dan baby senang nak keluar secara normal..

Untuk anak kedua nie je aku berpeluang merasa macam mana ibu-ibu lain besalin secara normal..Aku pun nak rasa macam mana ibu-ibu lain rasa..Ya Allah dengar la rintihan hatiku ini..Engaku mudahkan la segala proses besalin daku nanti ya Allah..Amin..

2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salams yati

rinduuuu...lama tak jenguk blog yati. dah dkt due, pantang dekat mana nanti?

jamu awak, hari tu tk der stok.
nanti aakak balik, akak belikan utk yati.

Husna said...

moga selamat bersalin kelak..
dalam pantang nnti update la jugak ye..gmbr baby boh byk2..hehehe