Followers

Thursday, November 29, 2012

Dugaan Allah -Conjuntivitis

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Malam Isnin yang lalu lepas balik keje.Aku tengok mata zahra merah..eh tengok mata ibu jap..merah gak tapi tak la teruk sangat. Gi la Klinik Suraya Puchong Utama tu..Dr. Locom je ada, ok la..Dia kata sakit mata ibu pun sama. taku berjangkit tak opis Doktor bagi MC 2 hari..MC 2 haru u..hahahah seronok dok umah..

Semalam dapat la aku siapkan Mei tai Ummar..Tapi tak shooting lagi Mei Tai tu dengan Ummar..Tapi rasa macam besar sangat Mei Tai tu..pape pun nanti dah shooting dengan Model Bam bam yang dah 5 bulan tu, aku kasi muat naik gambar ye..

k.bye

Thursday, November 22, 2012

Entri Mintak belas kasihan - Sakit gigi

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

hari nie semalam kelmarin gigi aku sangat la tak selesa..macam senggal ngilu2 gitu gigi aku..Sebelum besalinkan Ummar aku dah gi tampal dan cuci gigi..Minggu nie sakit lagi..Wadul-wadul gawat wei sakit gigi ni..

Sebab musabab nape aku sakit gigi, tentu sekali la akibat kurang kalsium..Sebab akukan tengah Fully BF Ummar, Abis semua kalsium aku dari ngandung sampai la nie dia rembat..Tu akibatnya ibu dia ni..Malas nak minum susu, malas nak makan pil kalsium..Ambik la akibatnya..huhuhuhu..Tapi aku bersyukur dengan kesakitan nie..sebab masa ni Allah tengah menguji kita kot..Aku bersyukur juga sebab ada panel klinik gigi...tu pun berat sangat nak gi..heheheh

WishList Tahun baru Hijrah

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Alhamdulillah..Wishlist aku yang sebelum-sebelum nie kebanyakkannya telah tercapai dan masih di jalan.

Wishlist hijrah
  1. Deep freezer ( nak matcingkan dengan Stok EBM yang aku dah buat tu)
  2. Kasut sukan (aka kasut nak buat aerobik)
  3. Sesuatu Dari triump
  4. Emas (nak tukar mas kawin kepada Emas)
  5. Steam Iron
setakat ni, ni je kot..harap dipermudahkan..

Antara wishlist yang telah tercapai

  1. Breast Pump Spectra 3 (done)
  2. Buat stok EMB banyak2 (done)
  3. tekun mengepun macam time zahra dulu (sedang dijalankan)
  4. mesin jahit (done)
  5. Laptop (done beli dengan company En Asben lelong ratus2 je)
  6. Jam tanga (hampir tak berminat sebab dah ada Ummar susah nak BF klu pakai jam tangan)
  7. Tukar kancil putih ke oren tak jadi..Yang jadi Tukar kancil ke SAGA En Asben
  8. sarung bantal zahra (done)
  9. Bantal zahra untuk taska (done)
  10.  alas tempat tido zahra Fitted bedshet(Done 1set)
  11.  gaun/ dress zahra (Done )Peasant blouse
  12.  langsir umah tok raya (2011) (Done)
  13. Memiliki rumah atas tanah (Hujung Thn nie dapat kunci, tp tak duduk pun..Mgkn SEWA..siapa nak sewa) Bandar Saujana Putra..
Wishlist yang terbengkalai dan tak tercapai..tak tahu la tercapai ke tak, atau tak tercapai langsung..
  1. Buat set kait untuk baby at least Mittens & booties
  2. baju kurung aku
  3. kotak tisu
  4. cover mesin jahit
  5. cover oven
Cover-cover peralantan rumah tu aku nak guna kain koton yang murah-murah..kat mana nak cari ye?siapa tahu bagi la cadangan kat aku..
Rabbi Yasir Wala Tu'aassir Ya Karim..




Wednesday, November 21, 2012

Minggu susu aku main-main

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

sejak semalam susu aku tak kuar dengan jayanya..dia main sorok-sorok..nape?huhuhu aku sepatutnya period 20hb tapi sampai hari nie tak kuar-kuar..Risau tetap risau tapi paling risau susu merudum..

minggu depan Ummar 5 bulan, takkan dah nak dapat adik kot..hahahah..Aku rasa sekurangnya seminggu susu merudum kot baru period aku kuar..tension wei macam tu..ibu-ibu nyusu yang lain apa simptom-simptom korang kalau nak period?

Tuesday, November 20, 2012

Cerita hari Ahad lepas

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

lebih kurang macam hari sabtu En Asben keje..Jadi kami menyibuk ikut dia gi keje..Kali nie Tesco Setia Alam..Sebelum tu makan tengahri dulu Kat Telur Berlada, Kg kuantan depan masjid..sedap..nyum..nyumm

bila dah sampai hala sana kita gi buat lawatan rumah member jugak..Kali nie kita gi rumah Cikin & bad..Kat jalan iskandar meru..Dorang beli rumah semi D kat sana..Cantik rumah dia..k tu je la..Malas nak taip panjang-panjang..huhuuhu

Sabtu malam Ahad

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Sambung balik cerita entri yang lepas..Balik dari rumah Ezan dan Naza hari sabtu yang lepas..Aku tengok ada kereta bomba 2 bijik kalau tak silap dengan 1 kereta polis..cemas wei apa hal pulak ni..Call dulu jiran aku siap-siap tanya kenapa..Rupa-rupanya pangsapuri rumah aku gelap gelita dan bekalan elektrik terputus..Apa yang cemas sangat tak de elektrik sampai bomba pun terlibat ni?WTFish..hehehe

Nak jadikan cerita dalam hati aku yang berdebar-debar ni,kami naik la tangga..nasib baik la rumah aku tingkat 2..hehe sayang woo lemak kalau terbakar banyak sangat...tu pasal la gomok aku nie...h

Naik-naik sampai tingkat aku, aku tengok penoh manusia kat Lift rumah aku..Rupa-rupanya ada seorang manusia dalam lift tu..waaa takut wei..takut orang tu mati dalam lift tu..lain pulak ceritanya nanti..

Aku sampai rumah 11.30 malam..tak de letrik sejak jam 11malam..wei lama tu orang tu dalam lift tu..Puas la abang-abang bomba tu umpil lif tu..tapi non boleh pun lift tu terbuka..cuma renggang untuk bagi manusia dalam lift tu udara, boleh la..

Akhir sekali salah sorang jiran kami call maintainan...maintainan panggil MS evelator,penyelenggara lift..Datang budak tu, bawak kunci..mak ai..dia bukak pintu lift tu macam bukak pintu rumah dia je..Apa ada hal...hahahah..selamat orang tu keluar menikmati udara segar..

Kesimpulannya..rumah korang yang ada lift tu, simpan la nombor penyelenggara lift rumah korang..Supaya kejadian terperangkap dalam lift macam rumah aku ni, tak jadi kat rumah korang..

k.caw cendol..

Monday, November 19, 2012

Cerita Hujung Minggu

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Entri ini tidak bergambar sebab sekarang ada penyakit malas nak amik gambar..hihihi..

Hari sabtu dari pagi sampai dalam kol 3 macam tu dok rumah je..siap la..Sarapan buat nasi goreng kampung..kemas umah..Kalau hujung minggu dok rumah memang sangat-sangat penat..Kalau hari biasa kemas rumah seminggu sekali, tu vacumm lantai la..tapi bila hujung minggu yang duduk rumah kena kemas tiap-tiap hari..huhuh loteh den..Sebab apa dok rumah minggu ni sebab En Asben kejo..Dia kena buat Site visit ke Tesco-tesco yang terlibat..Sebab ada produk/ brand baru masuk pasaran..Brand apa? Korang cari la Brand Vileda..Bunyi dia valeda..produk dari German..warna merah mop dan baldi dia..Ni bukan company EN asben diakeje dengan orang gak..

Akhirnya kami..hahah aku ikut sekali dia gi keje..Sambil nyelam minum air..Kami gi Tesco Paradgm (tak reti eja la) Mall..lepas tu konon nak gi umah kawan kitorang Ejan&Naza kat Rawang..terlajak pulak salah jalan..sampai bukit beruntung..dah sampai sana, gi la umah abg aku..lepak-lepas..lepas magrib gi Rawang gak..dah sampai Rawang makan kat BBQ Land, Kuang..Saka dari pagi sampai malam makan je kejenya..tu la lepas pantang kurus, bila naik keje badan kembali asal..Lepas tu nyesal...huhuhuhuh..

ok..ni cite hujung minggu..baru ari sabtu je balik umah ada bomba dan polis pulak kawasan pangsapuri kami..nantikan next entri ye..huhuhu takut...

Friday, November 16, 2012

Dua Terkorban – Treler ‘terbang’ di Lebuhraya Karak

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Berita kat bawa diambil dari klik sini..

Masa sibuk-sibuk kejadian ni saya baru nak masuk ke susur janda baik tu nak ke Selesa Hillhome(balik Kg)heheheh..tak tahu cerita..hari nie google la..jumpa pun cite dia..Semalam dari Bentong ke Kl still jem lagi sebab orang nak tengok rangka kejadian..

BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan treler dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 42.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Janda Baik, dekat sini, kira-kira 9.25 malam tadi.


Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi buruk dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu terbabas, bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terbang serta terhumban ke laluan bertentangan.

Menurut jurucakap Peronda Lebuh Raya Karak, pemandu treler dikenali Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang berhampiran.

“Pemandu treler berkenaan maut akibat parah di kepala dan badan manakala kelindannya putus tangan kanan dan hancur di bahagian muka.

“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Myvi pula parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Sehingga ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan treler berkenaan dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebaik menuruni selekoh berkenaan.

Difahamkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terpaksa mengambil kira-kira setengah jam untuk sampai ke lokasi kejadian berikutan kesesakan lalu-lintas.

Kemalangan itu juga menyebabkan laluan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur terpaksa ditutup kira-kira dua jam untuk kerja-kerja pembersihan sebelum dibuka semula kira-kira 11.30 malam

Monday, November 12, 2012

Amalan Awal Muharram 1434H

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Khamis ni Awal Muharram dan hari asyura(10 Muharram 24/11/2012)..mari kita amalkan amalan dibawah..

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.  
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Work in progress

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Hari nie nak cerita pasal kerja-kerja yang aku tengah buat..hahahaha tapi tak siap-siap..
Aku ada potong kain untuk buat baju kurung pesak gantung, tapi hasilnya tak tahu lagi sebab naik jahit tu sangat bercinta nak cari masa..

lagi satu aku tengah buat Mei tai carrier..Untuk Ummar dah tak larat nak dukung Ummar..heheheh..dulu pernah buat Sling pouch untuk zahra..klik kat sling pouch tu nanti boleh tengoh zahra kena kendong..

Aku nie cita-cita besar, semua benda nak buat sendiri tapi masanya punya la susah nak cari..Agaknya aku ne saje cari alasan kot..heheheh yelah kot..Mana taknya..Ummar kol 6.30-7.00 malam dah tidur..tak bagung ok, kalau dia tido malam..selagi aku biarkan dia tido menyarap selagi tu la dia tido..Tapi tak bermakna Ummar tido aku bersilang kaki tengok TB..yelah kita nie ibu-ibu berkerjaya, balik keje macam-macam benda nak buat..huahuhuhhuaa..

tak pe nanti WIP aku nie dah siap aku tayang yek..heheheh..sape nak tempah tunggu Ummar besar baru boleh tempah kot..hehehehe

bye..caw cendol..

Friday, November 9, 2012

Cerita besalin lagi - kisah Ummar

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Aku rasa aku tak cite lagi kat blog @ diari maya aku nie..lepas aku  besalin ari tu, aku dapat berita sedih..tapi aku cool je macam air batu dan blur2 gak terima berita tu..

sejak dari aku ngandungkan Ummar, memang En asben nak amikkan insurans untuk baby dalam perut masa tu ..aku memang rasa perlu ambil dah, ada terdetik perlu sangat ambil masa ngandung..Tapi En asben tak buat keputusan nak ambil masa aku ngandung..

Untuk zahra kami amik Pru BSN ke lebih kurang gitu la..amik kat member poli aku..memang best la kak bai jual insuran..Sampai En asben yang ajar dia macam mana nak kira..lawak kak bai..takpe2 belaja..hihihih ni blog dia..nama baizura..aku sejak poli panggil kak bai, tak leh nak tukar..hehehehe..tapi PR kak bai memang bagus..

tak silap aku hari ke dua atau hari ketiga nak balik tu tu..doktor kanak-kanak  kata jantung Ummar ada dengar sesuatu yang pelik..ada bunyi macam ada angin kat jantung dia..aku pun blur je dgr..so, doktor referkan baby aku kat Hopital sunway..sebab apa doktor dengar details sangat dia kata Ummar dah termakan taik..sebab tu dia monitor pernafasan Ummar dan lain-lain lagi..

lepas seminggu usia Ummar kami gi cek jantung dia memang confirm Ummar punye jantung ada lubang sebesar 3mm, dan salur jatung Ummar masa tu 6.++mm mcm tu..Alhamdulillah dengan keputusan yang aku dapat tu aku tabah dan kuat..aku tak nangis pun..tapi masa doktor scan tu aku rasa air mata aku bergenang..

tapi masa 2 bulan gi cek, lubang pada jantung Ummar dah menggecil 2.++mm..Alhamdulillah nanti bulan jan 2013 kena gi cek lagi pada masa tu umur Ummar 6 bulan..risau sangat..En Asben mengharap sangat Ummar boleh amik insurans..Kesian Ummar bam bam tu..Aku tak rasa pun anak aku tu ada masalah jantung..sebab dia sangat aktif dan bam bam...ibu sayang Ummar ibu harap Ummar cepat sembuh..

Kawan-kawan tolong doakan sekali umtuk Ummar supaya dia cepat sembuh..

cak!

Jumaat Yang Emo..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Pagi-pagi hari nie zahra bangun tido, minum susu mandi dan lain-lain dengan aman dan tenteram..Tapi bila nak kuar rumah, aku ambil kasut aku dalam bilik store dia pun nak kasut lain..padahal dalam bilik store tu kasut dia semua dah kecik..Oh tempat kasut-kasut kami dalam bilik store @ Utiliti room..

bila dah tak bagi tu dia menangis-nangis..sampai la naik kete..dah nak gerak dia nangis lagi..apa lagi, dapat la habuan dari babah dia, dipagi hari..bila dia dah kena tu mula la, aku nie touching anak kena dipagi-pagi hari..time tu la zahra melalak sekuat-kuatnya dan tetiba pulak nak salam babah dia..aku dah tension kete dah gerak ni..aku suruh diam tak tak..aku, bila dah tak boleh handle anak, aku pun nangis la secara berjemaah..sudah dua-dua nangis..bila aku dah nangis baru la dia reti pulak nak benti melalak tu..hee geram betul aku..lepas dah benti nangis, aku pun tenangkan diri aku, baru la ok..Keadaan back tu normal..

Mcm biasa setiap pagi zahra mesti nak Nasi lemak drive thru yang dia jual berdekatan pintu gerbang bukit puchong tu..dia panggil nasi lemak tu, nasi lemak abang gemuk..sebab yang jaga gerai nasi lemak tu budak kecik mcm darjah 3-4 macam tu..tapi budak tu badan besar..hehehe

aku harap balik nie, zahra be have..kalau dia be have dari pagi tadi aku ingat nak belanja dia main mainan yang mesing bergerak2 tu..ingat nak bawak petang nie..tapi tak jadi la sebab zahra tak be have..kalau esok zahra be have ibu babah bawak zahra gi tempat mainan-mainan..heheh

ini budak baik anak solehah ibu nie..hee..geram aku..

harap-harap hari aku yang akan datang baik-baik sahaja dan gembira..sebab penghulu hari aku tak gembira..Ya, ko kurniakan la kegembiraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada aku dan umat islam dimuka bumi ini..Amin




Wednesday, November 7, 2012

Kacang Phool

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...



Hari ahad masa raya haji tu aku tak tahu nak makan apa malam..pastu gi kat Lokas makana tengok ada satu gerai jual kacang pol nie..Aku beli la..tapi tak puas makan..padahal bukan penah makan pun..Aku ni suka sangat cuba makanan yang pelik-pelik..heheh tu sebabnya tak boleh nak kurus..lepas makan gagah aku buat..tu gambar tu hasil kacang pol aku..kacang pol tu kacang parang..aku guna yg dalam tin jenama kimball kat giant shah alam aku beli..bukan main jauh beli..hehehe

makanan nie glamour ka JB tp tny org JB tak tahu pun..huhuuhu

 resipi aku amik kat sisipan jelita sajian dis 2010 dan aku rujuk jugak kat blog DTS..Dapur tanpa sempadan (mat gebu)

resipinya :

200g daging cincang
1 tin kacang pol jenama kimball (aku rs kimball je ada kot kacang pol tin nie)
1 bijik bawang besar yang tak besar sgt
3biji bawang putih
sedikit jintan manis/klu guna serbuk jintan manis lagi sedap kot aku rasa..hihi
halia agak-agak
2 sudu besar cili kisar/nak pedas buh la cili api ke apa-apa yang berapi..

cara :

- kisar bawang,bawang putih,halia dan jintan manis, cili tumiskan.
- bila dah naik bau tumiskan daging cincang sampai masak.
- masukkan kacang pol satu tin, dengan air-air kacang tu aku masukan
- tambah sos tomato sikit, garam sikit..masak ikut suka anda..pecahkan sikit kacang tu..
- masak sampai agak pekat sayang gitu..
-pastu boleh makan..makan bersama potongan bawang dan perahan asam limau dan roti francis..aku bakar roti francis tu letak butter sikit..sedap..dan jgn lupa telur mata ye..

En asben kat makanan nie sesuai tok sarapan..aku...bantai buat tok makan malam..pendek kata, layankan je bila-bila korang nak makan kacang pol nie..

k..buat sendiri nanti..cuba jaya ye...

caw cendol bakar..

Ummar 4 Bulan

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Konon2 hari nie nak update tumbesaran ummar..hehehe macam tumbesaran pokok pulak guna perkataan tumbesaran nie..Apa-apa je la yek..

Buat setakat ni, Ummar sangat bijak berborak seawal 5.45-6.00 pagi dah bagung tido..bila dah bagun tido mulut dia pot pet2 sambil isap jari jemari dia..Di belum pandai mengiring lagi..kalau mcm zahra 5 bln baru mengiring..Tapi dia menyarap kepala sangat tegak..Ummar malas nak berdiri sebab kaki kecik badan besar kot..Last timbang 5.9kg..

skrg Ummar suka main air liur, tak tahu la xdapat makan apa masa ngandungkan dia..abis rambut aku hampir2 nak botak..huhuhuh..suka hisap jari..walaupun aku tak bagi dia isap jari tp dia nak gak isap..cam no?meh layan gambar bam bam..





Friday, November 2, 2012

Kemalangan

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Hari ni aku kemalangan bersama Ummar dan Zahra ada dalam kete..uuhuhuhuh ketak juga la..kejadian berlaku kat highway berhampiran Puchong Gateway..Dalam jam 7.45 pagi tadi..Sape lalu sana nampak proton BLM putih langgar Camry Emas aku la tu..1st time..eh salah 2nd time aku kemalangan..1st time masa belaja..ayah aku tak tahu..aku bawak kete ayah masa tu..hehehe..tu aku settle sendiri dengan kawan2 aku..

tapi yang ni aku langgar Camry Emas WRN 7333 mcm nie la tak silap aku no flat dia tak silap aku..
Aku anak-anak semua ok..aku rasa tak de laju sangat aku bawak sebab tak kemek pun kete tu calar je..Aku kata dengan orang tu, settlle dulu la nnt call la aku..sebab dia kata dia kena cat.

Aku bagi tahu En Asben, aku kena marah dia kata aku bawak laju bla..bla..Sedih aku..Masa dulu dia xcident bawak kancil aku, aku tak marah pun..Aku harap dia tanya la aku ok ke tak..ni dia tanya anak-anak je, ibu dia tak tanya pun..touching aku..Aku dah bagi tahu En Asben Brek kete aku ada problem..tapi dia buat biasa je..Keta aku sekarang adalah keta lama En Asben..Dia pakai Keta baru..aku kena pakai kete lama dia..Ok la..Syukur Alhamdulillah dapat aku upgrade kete..hahahhah konon2nya je..

kesimpulanya aku kemalagan sebab aku tak baca Doa dengan ayat kursi yang selalu aku baca kalau nak mulakan pemanduan..Sebab tak baca aku kelang-kabut kot..Pastu aku marah zahra baling botol susu dia dalam kete..

k.caw cendol.