Followers

Friday, October 23, 2015

MOL PISANG


As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


tarikh buat : 21/10/2015
ini MOL pisang tapi tak tahu jadi ke tak...hehehe

bahan-bahan yang saya guna :

1/2 kg pisang 
1/2 kg gula merah
air tanpa klorin..

cairkan gula merah dengan air.dan campurkan dalam pisang..ni malam pertama..

tak tahu jadi ke tak kalau berkulat ni..ada idea tak kawan-kawan..huhuhu

Cara-cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 20 hari.
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.

Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok
Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah
Kesan penggunaan baja organik cecair buah

cerita diatas dicopy daripada http://www.kebunbandar.com/cara-buat-baja-organik-cecair-baja-buah/

Renovation Progress - 20 /10/2015

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...




Ini rumah Mertua..Nanti kami duduk dengan mertua..
Atas rumah mak mertua tu roof top(gitu ayatnya)hahaha atas tu nak buat gazebo an nak tanam2 atas tu..atas tu juga ada laundry area..



Ini ruang tamu yang nak terus pintu bilik air..

Nantikan kesudahan renovate ini..heheh

Tuesday, October 6, 2015

Kebun Bandar

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


recycle tin susu ummar tanam bendi..
ini tanaman di parking rumah flat saya..
pada biar bersemak baik cucuk tanam..

bila tuan dia malas siram mcm ni la jadinya bendi layu..smlm sebulan dah petik hasil..hihihi
Bunga Rhuella pink dan purple..mengidam pokok ni..nasib dpt..amik kat rumah kak izan..Ex tnbr..
pokok pucuk ubi untuk mkn pucuk..alhmadulillah xde org lain amik..tp skrh dpt penyakit bena serang pucuk dia..ni pon klu tak siram layu..ada mangga keling dan pokok kantan disitu..
daun bawang dan kaembong..

cili bunga sbb berbunga je tak tahu sbb apa..skrg dah alih dalam poli beg..ni atas rumah..

Rabbi Yasir Wala Tu'aassir Ya Karim